Friday, July 5, 2013

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER



1.1  Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer

A)   Definasi Perkakasan dan Perisian

10 Jenis Komputer

Terdapat banyak terma yang digunakan untuk menerangkan apa itu komputer. Kebiasaannya terma - terma ini memberi bayangan mengenai saiz, ataupun keupayaan sesebuah komptuer berkenaan. Walau apa pun, terma komputer itu sendiri sebenarnya merujuk kepada apa-apa perkakasan yang menerima input dari pengguna melalui penggunaan tetikus (mouse) atau papan kekunci (keyboard), seterusnya memproses input berkenaan dan akhirnya memaparkan output pada skrin monitor.

Gambarajah 1
Proses Operasi Komputer


Gambarajah 2
Pemilikan Komputer Secara Asas Seisi Rumah


Terdapat 10 jenis komputer pada ketika nota ini dihasilkan.



Bil

Jenis

Penerangan


1

PC

PC (personal computer) merujuk kepada komputer yang direka bentuk untuk kegunaan umum oleh seorang pengguna sahaja. Sementara MAC, juga merupakan sebuah PC, tetapi ia lebih sinonim dengan pengeluar komputer, Apple, berbanding dengan terma PC biasa, yang akan merujuk kepada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. PC pada asalnya lebih dikenali sebagai mikrokomputer, oleh kerana pertaman sekali dari segi bilangan pengguna yang lebih kepada penggunaan individu, serta juga ia dikeluarkan pada skala yang kecil berbanding sistem komputer yang digunakan dalam perniagaan atau organisasi. 

2

Desktop

Sebagai sebuah PC yang direka bentuk bukan atas dasar 'mudah-alih'nya. Perjangkaan asal pembinaan sistem desktop ini adalah kerana ia akan diletakkan pada suatu tempat, atau lokasi yang tetap. Kebanyakan desktop biasa menawarkan lebih kuasa grafik, simpanan data dan versatiliti daris egi harga seunit berbanding versi "mudah-alih".

3

Laptops

Juga dikenali sebagai notebook, laptop adalah tergolong dalam komputer 'mudah-alih" (portable), yang mana ia mengintegrasikan fungsi paparan, papan kekunci, alat penunjuk (pointing), prosesor, ingatan (memory) dan juga cakera keras (hard drive), semua dalam satu pakej yang dikuasakan oleh bateri.

4

PDA

PDA (Personal Digital Assistants) adalah versi komputer integrasi penuh yang lebih padat, yang mana biasanya ia menggunakan flash-memory sebagai ruang simpanan berbanding cakera keras (hard-drive). Komputer jenis ini biasanya tidak mempunyai atau memerlukan sebarang keyboard, tetapi bergantung kepada teknologi skrin-sentuh (touchscreen) untuk mendapatkan input pengguna. PDA biasanya bersaiz lebih kecil dari novel remaja, amat ringan dengan keupayaan ketahanan bateri yang agak munasabah. Versi yang sedikit lebih besar dan berat dari PDA adalah tablet.

5

Workstation

Variasi kelima dalam keluarga komputer dikenali sebagai workstation. Sebuah workstation merupakan jenis komputer desktop yang mempunyai keupayaan prosesor yang lebih tinggi, memory tambahan dan keupayaan yang ditingkatkan untuk melaksanakan tugasan - tugasan yang spesifik, contohnya seperti pemprosesan grafik atau video serta permainan komputer 3D atau berdefinasi HD (high-definition) 

6

Server

Merupakan sebuah komputer yang telah dioptimakan ke spesifikasi yang tertinggi bagi sesebuah komputer , bagi membolehkan ia memberi khidmat (services) kepada komputer - komputer lain dalam rangkaian. Sesebuah server biasanya mempunyai keupayaan prosesor yang tertinggi, bilangan memory yang banyak serta ruangan hard disc yang besar.

7

Mainframe

Pada awal dunia perkomputeran bermula, mainframe merupakan sebilangan komputer yang besaiz besar, amat besar sehingga boleh memenuhi sebuah bilik, dan adakalanya melitupi sebuah tingkat bangunan sekalipun. Pada masa zaman teknologi semakin canggih, dan kuasa komputer makin meningkat sementara saiz pula semakin menurun, terma mainframe ini sudah semakin dilupakan penggunaannya dan digantikan pula dengan enterprise server. Tetapi, masih ada juga sesetengah organisasi yang menggunakan terma mainframe ini untuk merujuk kepada sebuah komputer besar yang memproses berjuta transaksi digital dalam satu hari. 

8

Komputer mini

Salah satu lagi terma yang amat jarang lagi digunakan, komputer mini (mini-computer) jatuh di antara komputer mikro (PC) dan mainframe (enterprise server). Komputer mini dewasa ini lebih merujuk kepada mid-range servers.

9

Supercomputer

Variasi komputer yang kesembilan ini biasanya melibatkan kos hingga beratus ribu ringgit, dan ada ketikanya hingga mampu mencecah jutaan ringgit seunit. Walaupun biasanya sebuah super-computer adalah sebuah sistem komputer tunggal, ada juga beberapa super-computer yang terdiri dari kombinasi beberapa komputer berpresasi tinggi yang bekerja selari sebagai sebuah sistem tunggal. 

10

Wearable Computer

Trend terkini dalam dunia perkomputeran adalah wearable computer. Secara asasnya ia melibatkan perisian aplikasi yang biasa digunakan (emel, pangkalan data, multimedia, jadual) yang diintegrasikan ke dalam perkakasan sedia ada seperti jam, telefon bimbit, pleindung muka (visor) dan juga pakaian.


Jadual 1

10 Jenis Komputer





Definasi Perkakasan Komputer
Perkakasan komputer merujuk kepada peralatan fizikal yang terdapat pada sesebuah komputer dan peralatan lain yang berkaitan. Perkakasan dalaman (internal) merujuk kepada papan-induk (motherboard), hard disc dan RAM. External hardware pula merujuk kepada monitor, papan kekunci, tetikus, mesin pencetak (printer) dan mesin pengimbas (scanner).

Internal hardware sesebuah komputer juga kadangkala dikenali sebagai komponen, manakala external hardware pula biasanya dipanggil juga sebagai peripheral. Bersama, kesemua perkakasan ini jatuh di bawah kategori perkakasan komputer.

Komponen

Komputer terdiri dari pelbagai jenis peralatan, seperti motherboard, CPU, RAM dan hard disc. Setiap satu dari peralatan ini terdiri dari peralatan - peralatan yang lebih kecil yang dipanggil komponen. 

Sebagai contoh, sebuah motherboard terdiri dari connectors elektrikal, PCB (printed circuit board) atau papan litar bercetak, kapasitor, perintang dan transformer. Kesemua komponen ini berfungsi bersama untuk membolehkan papan-induk berfungsi dengan lain - lain peralatan komputer. CPU pula termasuk juga komponen - komponen lain seperti litar integrasi, suis dan transistor kecil. Komponen - komponen ini memproses maklumat dan melaksanakan pengiraan.

Secara umumnya, sebuah komponen merupakan elemen bagi kumpulan yang lebih besar. Oleh kerana itu, bahagian peralatan yang lebih besar bagi sesebuah komputer seperti CPU dan cakera keras, boleh juga dirujuk sebagai komponen komputer. Secara teknikalnya, komponen merupakan bahagian kecil yang menjadikan sesebuah perkakasan ini.

Komponen boleh juga merujuk kepada komponen video, yang mana ianya merupakan sambungan video dengan kualiti tinggi. Sambungan (connection) komponen akan menghantar isyarat (signal) video melalui 3 jenis kabel yang berlainan, Merah, Hijau dan Biru (RGB). Ini akan menyediakan warna yang lebih tepat dan terperinci berbanding dengan video komposit (sambungan warna kuning), yang menggabungkan kesemua isyarat warna ke dalam sebuah saluran kabel.

Perkakasan

Perkakasan sesebuah komputer adalah apa - apa peralatan luaran (external) yang menyediakan input dan output bagi sesebuah komputer. Sebagai contoh, keyboard dan mouse adalah perkakasan input, sementara monitor dan printer adalah perkakasan output. Perkakasan komputer, kadangkala juga dikenali juga dengan nama "I/O devices" kerana ia menyediakan keupayaan untuk input dan output bagi sesebuah komputer. Sesetengah perkakasan, seperti external hard disc, menyediakan kedua-duanya input dan output bagi sesebuah komputer.

Definasi Perisian Komputer

Merupakan satu set arahan bagi sesebuah komputer. Ia juga kadangkala dirujuk sebagai satu program bertulis atau prosedur atau peraturan dan juga dikaitkan dengan dokumentasi yang melibatkan operasi bagi sesebuah sistem komputer dan ianya disimpan dalam storan baca/tulis (read-write). Terdapat 2 kategori utama bagi sesebuah perisian iaitu, perisian sistem dan perisian aplikasi.

Jenis - Jenis Perisian

Perisian sistem biasanya disimpan dalam hard disc sesebuah komputer hinggalah ianya diperlukan oleh komputer berkenaan untuk menyelesaikan sesuatu algoritma yang dikehendaki oleh pengguna komputer.. Perisian Aplikasi ('apps' sebagai ringkasannya) pada kata lain pula, lebih dikenali sebagai programs. Pengguna lebih cenderung untuk memanggil perisian sistem yang biasa dan lebih dikenali sebagai contohnya MaxOS X atau Windows Vista/7/8. Selain daripada Windows, terdapat juga perisian sumber-terbuka (open-source) seperti UNiX, LiNUX, uBuntu, Fedora Core dan juga Mandrake. Bagi perisian aplikasi yang biasa pengguna komputer gunakan adalah seperti Microsogy office, OpenOffice, Internet Explorer, Mozilla Firefoc, Avira AntiVirusm Kaspersky, CCLeaner dan bermacam - macam lagi. Tapi apa pun, samada ia perisian Sistem ataupun Aplikasi, masih terdapat pelbagai lagi variasi sistem perisian yang dibangunkan untuk kegunaan komputer yang mampu membuatkan seorang pengguna komputer yang amatur pening kepala.




Bil

Jenis Perisian


Penerangan


1

Retail

Perisian jenis ini dijual melalui rak di kedai - kedai komputer yang menjual perisian komputer. Ia merangkumi pembungkusan (packaging) yang menarik bagi menarik perhatian pembeli, dan biasanya oleh kerana itu, ia lebih mahal. Kelebihan bagi perisian sebegini adalah biasanya ia datang dengan manual bercetak dan arahan installasi, sesuatu yang boleh dikira bonus kerana ia biasanya tidak disertakan dalam mana - mana kategori perisian yang lain. Walaubagaimaanpun, apabila manual hard-copy dan arahan instalasi tidak disediakan, versi muat-turun melalui Internet juga turut disediakan bagi kemudahan. 

2

OEM

OEM merujuk kepada nama singkatan bagi "Original Equipment Manufacturer" dan ia membawa maksud perisian yang dijual secara pukal kepada resellers, dan biasanya ia supaya disertakan sekali dengan sebagai supplement apabila pengguna membeli sesebuah sistem komputer yang berjenama seperti Dell atau Compaq. Sebagai contoh, Microsoft mempunyai kontrak dengan beberapa syarikat besar seperti Dell Computers, Toshiba, Gateway serta Acer, di mana, Microsoft akan menjual perisian sistem operasinya sebagai sebuah perisian OEM pada harga yang jauh lebih murah, tetapi tidak dengan kemudahan seperti yang disediakan pada perisian berbentuk retail.  Resellers akan memasukan perisian sistem operasi ke dalam sesebuah sistem komputer sebelum ianya dijual dan hanya sekeping CD sahaja yang disertakan kepada pembeli. Oleh kerana tujuan asalnya OEM adalah untuk dibekalkan dengan sesebuah sistem komputer yang baru, adalah menjadi satu kesalahan untuk membeli perisian ini walaupun ia tidak didatangi dengan sebuah sistem komputer.
 

3

Shareware

Perisian ini boleh dimuat-turun (download) melalui laman web. Lesen edarannya walaubagaimanapun berbeza mengikut keperluan, di mana ada perisian yang pengguna dibenarkan untuk menggunakan atau mencubanya secara percuma untuk suatu tempoh jangka masa yang tertentu, yang biasanya 30-hari. Selepas tempoh berkenaan tamat, perisian tersebut mesti dibeli atau di-uninstalled. Ada sesetengah perisian shareweare yang memasukkan pemasa (timer) di dalam tersebut yang akan mematikan (disable) perisian berkenaan selepas tempoh cubaan (trial) tamat, melainkan nombor siri dimasukkan. Namun ada juga perisian yang dibenarkan untuk terus beroperasi , tetapi dengan fungsi-fungsi yang terhad (limited).

4

Crippleware

Perisian ini adalah hampir serupa dengan perisian shareware kecuali ciri-ciri (feature) pentingnya akan berhenti untuk berfungsi selepas tempoh trial tamat. Sebagai contoh, fungsi Save , print,  atau lain - lain ciri - ciri penting yang memastikan penggunaan program itu berfungsi akan dihentikan. Ini menjadikan perisian berkenaan "cacat" (cripple). Ada juga jenis crippleware yang mematikan terus beberapa fungsi perisian  sepanjang tempoh tempoh trial sekalipun. Jadi pengguna perlu membeli atau membayar juga perisian berkenaan bagi menggunakan fungsi-fungsi yang di"cacat"kan dengan sengaja ini.

5

Demo

Perisian Demo merupakan perisian yang memang sengaja dibangunkan bukan sebagai sebuah perisian yang penuh. ia hanya di-rekabentuk bagi menunjukkan 'demonstrasi' apa yang versi dijual mampu untuk lakukan. Ada juga versi yang sekadar berfungsi seperti automasi tutorial semata-mata. Jika pengguna mahu menggunakan perisian berkenaan, mereka perlu lah membeli beli versi yang berfungsi sepenuhnya.

6

Adware

Merupakan perisian percuma yang didokong oleh medium pengiklanan yang disertakans ekali dalam rekabentuk perisian berkenaan. Sesetengah perisian adaware pula, ada yang memerlukan 'live' Internet feed dan menggunakan sepenuhnya jalur lebar berkenaan untuk memuat-turun iklan - iklan yang baru. Pengguna biasanya terpaksa melihat sepanjang masa iklan ini di muka utama perisian sepanjang masa. Ffungsi untuk disable biasanya tidak akan dibenarkan dan melanggar persetujuan lesen (license agreement).


7

Spyware

Perisian spyware biasanya percuma, tetapi ia juga kadang-kala boleh juga menjadi shareware. Perisian ini berbahaya dari segi ia sentiasa mengemaskini dan menghantar kepada pembangun perisian berkenaan, acapkali tanpa pengetahuan pengguna perisian berkenaan sekalipun. Contohnya, sebuah perisian pemain multimedia (multimedia player), akan membuat profile apa jenis muzik dan fail video yang perisian berkenaan biasanya mainkan. Maklumat ini akan disimpan  denganidentifikasi tag yang unik yang dikaitkan dengan program tertentu pada mesin berkenaan, dan membuat pemetaan (mapping) one-to-one relationship. Konsep spyware ini amatlah tidak popular, di mana kebanyakan program yang menggunakan protokol spyware ini telah diarahkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna mengenai aktiviti spy yang ia lakukan dan menyediakan fungsi kepada pengguna untuk disable kan fungsi spy berkenaan sekiranya perlu. Ada juga spyware yang meng-integrasikan protokol spy ini ke dalam lesen, yang mana membuatkan pengguna maklum, dengan menggunakan perisian berkenaan mereka adalah secara automatik-nya tertaklu kepada persetujuan fungsi spy dibenarkan ke atas mereka.

8

Freeware

Freeware juga boleh dimuat-turun melalui Internet dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada pengguna. Kebiasaannya freeware hanya dibenarkan untuk penggunaan secara peribadi, melainkan ia digunakan oleh organisasi yang memerlukan pengguna membayar lesen penggunaan. Freeware biasanya tidak mengandungi sebarang spyware atau adaware. Kebiasannya juga, perisian freeware ini terdapat versi penuh yang mempunyai lebih banyak utiliti atau fungsi yang lebih maju, namun untuk mendapatkan versi penuh seperti ini, pengguna perlulah membuat bayaran/pembelian.

9

Public Domain

Ini merupakan antara kategori perisian percuma, tetapi, tidak seperti freeware, perisian public-domain tidak langsung mempunyai sebarang hak milik cipta atau sebarang had lesen. Pengguna bebas untuk membuat sebarangmodifikasi kepada perisian berkenaan mengikut citarasa masing-masing.