Monday, August 26, 2013
Monday, August 19, 2013
Monday, August 12, 2013
Friday, August 9, 2013
Monday, August 5, 2013
BAGAIMANA NAK MEMILIH MOTHERBOARD
Bagaimanakah Kita Memilih Papan-Induk (Motherboard)
Pengenalan
Pengenalan
Terdapat pelbagai kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih sesuatu motherboard. Walaubagaimanapun, kita perlu tahun akan jenis-jenis motherboard terlebih dahulu untuk membantu kita membuat keputusan sebelum melakukan sebarang pembelian yang akan merugikan kita pada masa akan datang. Dalam dunia perkomputeran, terdapat 2 pengeluar utama komputer yang mendominasi jenis prosesor yang mempengaruhi pembuatan motherboard, Intel dan AMD. Bagi prosesor keluaran Intel, motherboard yang dijual di pasaran adalah mengikut skema prosesor Intel sahaja seperti Socket 771, Socket 775, Socket 1156 dan Socket 1366. Sementara bagi AMD pula, pengeluar motherboard akan menghasilkan siri mothebroard yang lain mengikut skema soket prosesor AMD seperti Socket AM2, Socket AM2+, Socket AM3 dan juga Socket F.
Intel
Socket 1366 - Socket 1366 merupakan soket keluaran yang terbaru dari Intel. Soket ini menggunakan core i7, iaitu siri prosesor yang terbaru dalam barisan keluaran prosesor Intel. Sepertimana prosesor - prosesor keluaran Intel sebelum ini, termasuklah Soket 775, ia mengandungi pin pada badan motherboard itu sendiri, bukannya pada prosesor itu sendiri. Motherboard Soket 1366 hanya menyokong prosesor Core i7 Quad core dan juga Soket 1366 XEON, Hampir kesemua motherboard Soket 1366 ini menyokong samada SLi atau Crossfire. Tambahan lagi, motherboard Soket 1366 ini menggunakan memory DDR3 triple-channel.
Socket 1156 Socket 1156 pula merupakan perkakasan yang biasa terdapat dalam sistem komputer pengguna yang menggunakan prosesor Core i3, i5 dan i7. Motherboard dengan Soket 1156 ini kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Soket 1366, namun ianya sebenarnya lebih kos efektif. Soket 1156 ini walaupun turut menyokong DDR3 memory, tetapi ia lebih kepada konfigurasi dual-channel berbanding triple-channel seperti yang dimiliki motherboard Soket 1366.
Socket 775 Socket 775 merupakan soket LGA (Land Grid Array) pertama keluaran Intel di mana cpu pin terletak pada badan motherboard. Soket 775 pada ketika ini masih lagi popular dan menjadi pilihan bagi pembeli-pembeli oleh kerana harganya yang kompetitif serta aspek compatibility-nya. Motherboard Soket 775 menyokong pelbagai jenis prosesor samada dari jenis single-core hinggalah kepada quad-core disamping keupayaan sokongan kedua-dua memory DDR2 dan DDR3. Soket 775 dibangunkan untuk menggantikan Soket 478. Kedua-dua jenis soket ini merupakan variasi soket yang berlainan sehinggakan perkakasan komputer untuk setiap soket berkenaan (478, 775) tidak boleh digunakan pada motherboard yang berlainan..
Socket 771 Socket 771 merupakan antaramuka CPU yang membenarkan penggunaan dwi-prosesor. LGA771 merupakan motherboard komputer pelayan (server) yang pertama yang mempunyai pin pada permukaan motherboard itu sendiri berbanding pada prosesor seperti kebiasaannya. Soket 7771 dibangunkan khusus untuk aplikasi server semata-mata sahaja. Motherboard Soket 771 menyokong memory DDR2 FBDIMM.
AMD
Socket AM3
Socket AM3 merupakan soket terkini dalam siri AMD yang dibangunkan khusus untuk pasaran pengguna peribadi. Motherboard Soket AM3 mempunyai asas rekabentuk yang hampir serupa dengan papan AM2+. Namun begitu, papan AM3 hanya menyokong memory DDR3, dan oleh kerana itu, prosesor siri AM2 /AM2+ tidak boleh digunakan di dalam motherboard siri AM3
Socket AM2+
Motherboard Socket AM2+ mungkin merupakan motherboard AMD yang paling kerap menjadi pilihan pengguna/peminat AMD. Ini kerana motherboard soket AM2+ menyokong penggunaan kedua-dua prosesor AM2 dan AM3, disamping ia membenarkan pengguna untuk mencampur prosesor AM3 dengan memory DDR2, berbeza dengan motherboard AM3 yang hanya menyokong DDR3
.
Socket AM2
Socket AM2 merupakan kategori soket tertua yang akan dibincangkan di sini. Motherboard soket AM2 tidak boleh menyokong penggunaan prosesor AM3 pada ruang soketnya, dan hanya menyokong penggunaan memory DDR2. Soket AM2 ini kemudiannya digantikan dengan variasi motherboard Soket AM2+.
Socket F
Socket F merupakan saingan yang AMD tampilkan bagi menyaingi Soket771 kepunyaan Intel. Ia menggunakan rekabentuk LGA di mana pin-nya terletak pada badan motherboard dan bukan prosesor itu sendiri sepertimana lazimnya. Ia merupakan soket pertama yang dibangunkan oleh AMD dengan berasaskan kepada teknologi ini. Soket F membolehkan dua prosesor berjalan serentak dalam satu sistem komputer. Ia menggunakan memory DDR2.

Memilih Sesebuah Motherboard
- Motherboard Compatibility
Prosesor-
Sebelum memilih sesebuah motherboard, kita perlu ambil kira jenis prosesor yang kita perlukan untuk sistem komputer kita. Samada ia jenama pengeluar AMD, ataupun Intel,serta apakah jenis soket yang kita akan gunakan. Kemudian kita perlu pula melihat pada core size prosesor berkenaan (45nm or 65nm) perlu boleh mempunyai sokongan yang sekata dengan front side bus,
Hyper Transport, atau QPI bergantung kepada keupayaan yang dimiliki oleh prosesor berkenaan.
Memory-
Memilih memory yang bersesuaian dengan motherboard adalah teramat penting. Jika kita memilih module memory yang salah, sistem komputer tidak akan berfungsi lansung. Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah sekiranya module memory yang kita akan gunakan menyokong module DDR, DDR2 atau DDR3. DDR2 dan DDR3 merupakan piawaian memory yang banyak digunakan buat masa ini. Namun ini tidak bermakna ia akan kekal sebegitu buat jangkamasa yang lama. Perkara kedua yang perlu dilihat pula, adalah kelajuan memory berkenaan yang lebih mudah untuk dikenalpasti. Kelajuan ini boleh dilihat dalam ukuran MHz atau megahertz.
Form Factor-
Seterusnya pula memilih form factor yang boleh memuatkan motherboard adalah amat penting dari satu segi, ia akan menentukan bentuk casing yang aakn kita gunakan. Sekiranya kita telah mempunyai bayangan bentuk casing bagaimanakah yang kita perlukan, kita perlu melihat pada form factor motherboard yang boleh casing itu sokong, samada ia EATX, ATX, Micro ATX, atau ITX. Form factor motherboard penting dari segi, lagi besar motherboard yang kita gunakan, lebih banyak support yang ia miliki dari segi menampung bilangan hard disc, memory module dan sebagainya. Sebagai contoh, motherboard Micro-ATX mungking boleh menyokong hanya 1 PCI-E dan 2 PCI slot sahaja, manakala motherboard dengan form factor ATX berupaya menyokong sehingga 2-3 PCI-E slot, 3 PCI slot, dan 2 PCI-E x1 slot. Form factor motherboard EATX hanya boleh dijumpai dalam sistem komputer server dan workstation sahaja, dan ia jarang digunakan oleh pengguna biasa

- Ciri -Ciri Motherboard
Onboard
Video-
Bagi pengguna yang tidak mementingkan kualiti video seperti High-Definition (HD) atau permainan komputer 3D, motherboard yang mempunyai keupayaan onboard video ini lebih baik serta kos efektif. Tetapi perlu dilihat juga pada jenis chipset grafik yang ia gunakan, walaupun ia semata-mata onboard. Dengan opsyen onboard ini, pengguna tidak perlu memeningkan kepala untuk membeli pula grafik kad yang berasingan untuk dipasang pada sistem komputer.
Onboard NIC-
Kebanyakan motherboard yang menyediakan onboard NIC (Network Interface Card) dewasa ini biasanya sudah memadai untuk membolehkan kita mempunyai sambungan dengan rangkaian komputer ditempat kerja mahupun rumah. Onboard NIC ini jarang mengalami kerosakan, melainkan ia disebabkan oleh panahan petir, ataupun power-surge. Walaubagaimanapun, sekiranya ia rosak sekalipun, pengguna masih boleh menggunakan kad rangkaian yang menggunakan slot PCi.
Onboard USB-
Hampir kesemua motherboards mempunyai onboard USB, yang berbebza hanyalah berapa bilangan slot USB yang ia mampu sokong. Untuk melihat kepada aspek berkenaan, pengguna perlu mengenalpasti berapakah bilangan port USB yang pengguna perlukan sebenarnya.Pada era hampir kesemua perkakasan komputer berbentuk external ini (hard disc, thumbdrive, DVDRW) mempunyai sistem komputer yang mampu menyokong bilangan USB yang banyak adalah satu keperluan. Kemudian perlu juga dilihat versi berapakah USB yang ia sokong. Versi USB yang terkini adalah USB3.0.
SLI & Crossfire Compatibility-
Keupayaan ini perlu dilihat sekiranya pengguna seorang pemain permainan komputer yang tegar atau seorang pembangun permainan komputer. SLI and Crossfire adalah kaedah menggunakan beberapa grafik kad pada satu-satu masa dalam sebuah sistem komputer bagi meningkatkan prestasi dan kualiti grafik. Kebiasaannya motherboard yang mempunyai ciri-ciri ini samada menyokong keupayaan Crossfire atau SLi. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa motherboard yang menyokong compatibility kedua-dua SLi dan Crossfire, terutamanya sejak motherboard LGA 1366 dikeluarkan.

Mounting Motherboard pada Casing.
- AMARAN: Pegang motherboard dengan perlahan pada penjuru atau bucu-nya. Beberapa komponen yang dipateri menggunakan timah pada permukaan motherboard biasanya mempunyai hujung yang tajam dan boleh menyebabkan kecederaan. Bagi mengelakkan elektrostatik merosakkan komponen pada motherboard, sebolehnya jangan keluarkan dahulu motherboard dari plastiknya sehinggala sebarang elektrik statik pada tubuh badan pengguna telah di-nyahcas (discharge). Ini boleh dilakukan dengan menggunakan wrist-strap atau dengan memegang pada permukaan casing komputer yang tidak dicat.
- Kebanyakan casing komputer mempunyai base dengan lubang mounting bagi membolehkan motherboard diikat kemas pada casing. Pada masa yang sama, ia juga membantu memastikan bahagian belakang motherboard tidak menyentuh besi casing dan mengakibatkan litar-pintas (short-circuit).
- Terdapat 2 cara untuk melekatkan motherboard pada casing.(1) dengan plastic spacers atau (2) skru besi
- Secara prinsipalnya, melekatkan motherboard pada casing komputer menggunakan skru besi adalah kaedah terbaik dan hanya sekiranya pengguna tidak boleh menggunakannya dan terpaksa juga menggunakan spacers plastik barulah ia dibenarkan. Ada sesetengah casing komputer yang membenakan kombinasi kedua-dua skru besi dan spacers plastik ini. Gunakan skru sekiranya boleh.
- Casing komputer yang terbaru biasanya akan mempunyai skru yang dibuat built-in pada base casing berkenaan. Ini membantu pengguna menjimatkan masa dari perlu memutarkan skru bolt berkenaan pula.
- Perhatikan pada motherboard untuk sebarang lubang skru mounting. Boleh juga dirujuk pada manual akan lokasi lubang mounting ini. Selarikan lubang pada motherboard ini dengan lubang pada casing , ambil maklum, bukan semua lubang berkenaan akan selari!. Lubang mana yang telah selari, masukkan skru dan jangan diketatkan algi hingga kesemua lubang yang selari telah dikenalpasti dan dimasukkan skru. Kadangkala ada juga berlaku dimana motherboard perlu digerakkan sedikit dari lokasinya bagi memastikan lubang skru berkenaan selari. Mengetatkan skru pada awal hanya akan menjejaskan fizikal motherboard bila ini berlaku.
Penyambung External Standard
- Kabel dan plug urut dibekalkan apabila pengguna membeli sesebuah casing komputer. Kabel dan plug ini perlulah disambung kepada motherboard bagi mendapatkan kuasa dan menyalurkan maklumat, kerana kadang-kala kabel ini kabel yang memaparkan maklumat digital pada luaran casing komputer. Maklumat ini seperti suhu komputer dan kelajuan prosesor
- Posisi sebenar dan penanda pada penyambung biasanya berbeza-beza mengikut pengeluar dan siri-siri motherboard yang dikeluarkan. Baca panduan manual yang dibekalkan bersama motherboard untuk mendapatkan kedudukan lokasi penyambung-penyambung ini. Disenaraikan di bawah adalah penyambung - penyambung serta kabel yang biasa terlibat dalam pemasangan sebuah sistem komputer:
- Speaker sistem (biasanya 4-pin plug), bagi bunyi sistem komputer
- Penyambung reset perkakasan (biasanya 2-pin plug), untuk reset/reboot komputer
- Penyambung kuasa LED (4/5-pin plug), menunjukkan komputer hidup atau tidak
- Penyambung LED HDD (biasanya 2-pin plug), bagi menandakan hard disc sedang berfungsi
- Penyambung kuasa untuk casing atau kipas prosesor dengan membekalkan kuasa DC ke kipas
- Suis kuasa (biasanya 2-pin plug), untuk menghidupkan komputer
Jumper Setting
- Switch Jumpter pada motherboard biasanya digunakan untuk membuat konfiurasi pelbagai perkakasan atau komponen komputer.
- Setting Jumper adalah antara elemen yang perlu di ubah apabila pengguna ingin melakukan perubahan pada kelajuan prosesor, proses ini dipanggil sebagai proses OverClocking.
- Most jumper positions and pin assignment are marked on the motherboards. The actual positions and meaning of the jumpers vary greatly among motherboards. Read your motherboard manual carefully before any installation. Here is a list of most of used jumpers:
- CPU type selection
- CPU microprocessor external clock selection
- CPU microprocessor internal clock speed selection
- CPU microprocessor core voltage selection
- PCI BUS clock selection
- DIMM voltage selection (3.3V vs. 5V)
- CMOS RAM discharge selection
Jumperless Motherboards
Ada juga motherboard yang direka tanpa mempunyai sebarang jumper. Namun ini tidak semestinya bermakna motherboard berkenaan tidak boleh di'tweak' settingnya. Ia masih boleh dilakukan melalui perisian yang dibekalkan bersama dalam packaging motherboard yang baru dibeli. Kelebihan teknologi ini ialah ia membenarkan pengguna untuk melakukan sebarang perubahan setting tanpa perlu membuka casing komputer atau perlu mengetahui di mana kedudukan - kedudukan jumper.

Installing (memasang)
mikroprosesor
Mekanisma mounting bagi CPU berbeza dari satu jenis ke satu jenis yang lain. Lihat pada manual yang dibekalkan bersama dalam packaging motherboard atau prosesor kerana ia berbeza antara pengeluar dan siri.

- Socket 478, untuk Pentium 4 dan Celeron
- Socket 423, juga untuk Pentium 4
- Socket A / 462, untuk AMD Athlon Thunderbird, Duron, dan XP
- Socket 603/604, untuk Intel Xeon
- Socket 940, untuk AMD Opteron
- Socket 7, untuk Pentium, Pentium MMX, AMD K6, dan Cyrix
- Super Socket 7, untuk AMD K6-2 dan K6-3
- Socket 370, untuk Intel Celeron dan Pentium III
- Slot 1, untuk Intel Pentium II
- Slot A, untuk AMD Athlon
Langkah seterusnys adalah memasang prosesor pada motherboard. Pada masa ini motherboard sepatutnya terletak di atas ruangan kerja. Jadikan plastik pembungkus anti-statik nya sebagai pelapik motherboard berkenaan. Adalah lebi digalakkan bagi pemasangan prosesor pada motherboard dilakukan di luar casing, iaitu sebelum motherboard dipasang pada casing. Ini membantu dari segi kemudahan ruangan yang selesa semasa melakukan proses-proses pemasangan.
Memasang CPU adalah proses yang amat mudah sebenarnya. Kesulitannya hanyalah pada handling prosesor itu sendiri kerana sebarang kecuaian yang merosakkan pin prosesor akan menyebabkan prosesor itu tidak mampu lagi untuk berfungsi..
- Keluarkan dari kotak. Tanggalkan pastik pelindung hitam prosesor, dan pegang prosesor pada penjurunya dan tanggalkan juga tab plastik pelindungnya. Hati - hati dalam memastikan supaya tidak menyentuh bahagian bawah prosesor
- Periksa bahagian sambungan prosesor. Denga memegang pada hujung prosesor, lihat di bahagian bawah prosesor. Perhatikan untuk sebarang kerosakan atau kehadiran bendasing pada bahagian contact pin prosesor. Perhatikan juga terdapat dua tanda alignment yang berbentuk U di bahagian tepi prosesor.
- Pastikan alignment prosesor selari dengan penanda pada slot/soket prosesor motherboard sebelum meletakkan prosesor. Adalah tidak digalakkan untuk melepaskan terus prosesor ke dalam slotnya walaupun selepas ia selari kerana ia boleh merosakkan pin contact prosesor berkenaan.
Monday, July 29, 2013
Monday, July 22, 2013
Monday, July 15, 2013
Monday, July 8, 2013
Friday, July 5, 2013
PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER
1.1
Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer
A)
Definasi Perkakasan dan Perisian
10 Jenis Komputer
Terdapat banyak terma yang digunakan untuk menerangkan apa itu komputer. Kebiasaannya terma - terma ini memberi bayangan mengenai saiz, ataupun keupayaan sesebuah komptuer berkenaan. Walau apa pun, terma komputer itu sendiri sebenarnya merujuk kepada apa-apa perkakasan yang menerima input dari pengguna melalui penggunaan tetikus (mouse) atau papan kekunci (keyboard), seterusnya memproses input berkenaan dan akhirnya memaparkan output pada skrin monitor.
Gambarajah 1
Proses Operasi Komputer
Gambarajah 2
Pemilikan Komputer Secara Asas Seisi Rumah
Terdapat 10 jenis komputer pada ketika nota ini dihasilkan.
Bil
|
Jenis
|
Penerangan
|
1
|
PC
|
PC (personal computer) merujuk kepada komputer yang direka bentuk untuk kegunaan umum oleh seorang pengguna sahaja. Sementara MAC, juga merupakan sebuah PC, tetapi ia lebih sinonim dengan pengeluar komputer, Apple, berbanding dengan terma PC biasa, yang akan merujuk kepada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. PC pada asalnya lebih dikenali sebagai mikrokomputer, oleh kerana pertaman sekali dari segi bilangan pengguna yang lebih kepada penggunaan individu, serta juga ia dikeluarkan pada skala yang kecil berbanding sistem komputer yang digunakan dalam perniagaan atau organisasi.
|
2
|
Desktop
|
Sebagai sebuah PC yang direka bentuk bukan atas dasar 'mudah-alih'nya. Perjangkaan asal pembinaan sistem desktop ini adalah kerana ia akan diletakkan pada suatu tempat, atau lokasi yang tetap. Kebanyakan desktop biasa menawarkan lebih kuasa grafik, simpanan data dan versatiliti daris egi harga seunit berbanding versi "mudah-alih".
|
3
|
Laptops
|
Juga dikenali sebagai notebook, laptop adalah tergolong dalam komputer 'mudah-alih" (portable), yang mana ia mengintegrasikan fungsi paparan, papan kekunci, alat penunjuk (pointing), prosesor, ingatan (memory) dan juga cakera keras (hard drive), semua dalam satu pakej yang dikuasakan oleh bateri.
|
4
|
PDA
|
PDA (Personal Digital Assistants) adalah versi komputer integrasi penuh yang lebih padat, yang mana biasanya ia menggunakan flash-memory sebagai ruang simpanan berbanding cakera keras (hard-drive). Komputer jenis ini biasanya tidak mempunyai atau memerlukan sebarang keyboard, tetapi bergantung kepada teknologi skrin-sentuh (touchscreen) untuk mendapatkan input pengguna. PDA biasanya bersaiz lebih kecil dari novel remaja, amat ringan dengan keupayaan ketahanan bateri yang agak munasabah. Versi yang sedikit lebih besar dan berat dari PDA adalah tablet.
|
5
|
Workstation
|
Variasi kelima dalam keluarga komputer dikenali sebagai workstation. Sebuah workstation merupakan jenis komputer desktop yang mempunyai keupayaan prosesor yang lebih tinggi, memory tambahan dan keupayaan yang ditingkatkan untuk melaksanakan tugasan - tugasan yang spesifik, contohnya seperti pemprosesan grafik atau video serta permainan komputer 3D atau berdefinasi HD (high-definition)
|
6
|
Server
|
Merupakan sebuah komputer yang telah dioptimakan ke spesifikasi yang tertinggi bagi sesebuah komputer , bagi membolehkan ia memberi khidmat (services) kepada komputer - komputer lain dalam rangkaian. Sesebuah server biasanya mempunyai keupayaan prosesor yang tertinggi, bilangan memory yang banyak serta ruangan hard disc yang besar.
|
7
|
Mainframe
|
Pada awal dunia perkomputeran bermula, mainframe merupakan sebilangan komputer yang besaiz besar, amat besar sehingga boleh memenuhi sebuah bilik, dan adakalanya melitupi sebuah tingkat bangunan sekalipun. Pada masa zaman teknologi semakin canggih, dan kuasa komputer makin meningkat sementara saiz pula semakin menurun, terma mainframe ini sudah semakin dilupakan penggunaannya dan digantikan pula dengan enterprise server. Tetapi, masih ada juga sesetengah organisasi yang menggunakan terma mainframe ini untuk merujuk kepada sebuah komputer besar yang memproses berjuta transaksi digital dalam satu hari.
|
8
|
Komputer mini
|
Salah satu lagi terma yang amat jarang lagi digunakan, komputer mini (mini-computer) jatuh di antara komputer mikro (PC) dan mainframe (enterprise server). Komputer mini dewasa ini lebih merujuk kepada mid-range servers.
|
9
|
Supercomputer
|
Variasi komputer yang kesembilan ini biasanya melibatkan kos hingga beratus ribu ringgit, dan ada ketikanya hingga mampu mencecah jutaan ringgit seunit. Walaupun biasanya sebuah super-computer adalah sebuah sistem komputer tunggal, ada juga beberapa super-computer yang terdiri dari kombinasi beberapa komputer berpresasi tinggi yang bekerja selari sebagai sebuah sistem tunggal.
|
10
|
Wearable Computer
|
Trend terkini dalam dunia perkomputeran adalah wearable computer. Secara asasnya ia melibatkan perisian aplikasi yang biasa digunakan (emel, pangkalan data, multimedia, jadual) yang diintegrasikan ke dalam perkakasan sedia ada seperti jam, telefon bimbit, pleindung muka (visor) dan juga pakaian.
|
Jadual 1
10 Jenis Komputer
Definasi Perkakasan Komputer
Perkakasan komputer merujuk kepada peralatan fizikal yang terdapat pada sesebuah komputer dan peralatan lain yang berkaitan. Perkakasan dalaman (internal) merujuk kepada papan-induk (motherboard), hard disc dan RAM. External hardware pula merujuk kepada monitor, papan kekunci, tetikus, mesin pencetak (printer) dan mesin pengimbas (scanner).
Internal hardware sesebuah komputer juga kadangkala dikenali sebagai komponen, manakala external hardware pula biasanya dipanggil juga sebagai peripheral. Bersama, kesemua perkakasan ini jatuh di bawah kategori perkakasan komputer.

Komponen
Komputer terdiri dari pelbagai jenis peralatan, seperti motherboard, CPU, RAM dan hard disc. Setiap satu dari peralatan ini terdiri dari peralatan - peralatan yang lebih kecil yang dipanggil komponen.
Sebagai contoh, sebuah motherboard terdiri dari connectors elektrikal, PCB (printed circuit board) atau papan litar bercetak, kapasitor, perintang dan transformer. Kesemua komponen ini berfungsi bersama untuk membolehkan papan-induk berfungsi dengan lain - lain peralatan komputer. CPU pula termasuk juga komponen - komponen lain seperti litar integrasi, suis dan transistor kecil. Komponen - komponen ini memproses maklumat dan melaksanakan pengiraan.
Secara umumnya, sebuah komponen merupakan elemen bagi kumpulan yang lebih besar. Oleh kerana itu, bahagian peralatan yang lebih besar bagi sesebuah komputer seperti CPU dan cakera keras, boleh juga dirujuk sebagai komponen komputer. Secara teknikalnya, komponen merupakan bahagian kecil yang menjadikan sesebuah perkakasan ini.
Komponen boleh juga merujuk kepada komponen video, yang mana ianya merupakan sambungan video dengan kualiti tinggi. Sambungan (connection) komponen akan menghantar isyarat (signal) video melalui 3 jenis kabel yang berlainan, Merah, Hijau dan Biru (RGB). Ini akan menyediakan warna yang lebih tepat dan terperinci berbanding dengan video komposit (sambungan warna kuning), yang menggabungkan kesemua isyarat warna ke dalam sebuah saluran kabel.

Perkakasan
Perkakasan sesebuah komputer adalah apa - apa peralatan luaran (external) yang menyediakan input dan output bagi sesebuah komputer. Sebagai contoh, keyboard dan mouse adalah perkakasan input, sementara monitor dan printer adalah perkakasan output. Perkakasan komputer, kadangkala juga dikenali juga dengan nama "I/O devices" kerana ia menyediakan keupayaan untuk input dan output bagi sesebuah komputer. Sesetengah perkakasan, seperti external hard disc, menyediakan kedua-duanya input dan output bagi sesebuah komputer.
Definasi Perisian Komputer
Merupakan satu set arahan bagi sesebuah komputer. Ia juga kadangkala dirujuk sebagai satu program bertulis atau prosedur atau peraturan dan juga dikaitkan dengan dokumentasi yang melibatkan operasi bagi sesebuah sistem komputer dan ianya disimpan dalam storan baca/tulis (read-write). Terdapat 2 kategori utama bagi sesebuah perisian iaitu, perisian sistem dan perisian aplikasi.
Jenis - Jenis Perisian
Perisian sistem biasanya disimpan dalam hard disc sesebuah komputer hinggalah ianya diperlukan oleh komputer berkenaan untuk menyelesaikan sesuatu algoritma yang dikehendaki oleh pengguna komputer.. Perisian Aplikasi ('apps' sebagai ringkasannya) pada kata lain pula, lebih dikenali sebagai programs. Pengguna lebih cenderung untuk memanggil perisian sistem yang biasa dan lebih dikenali sebagai contohnya MaxOS X atau Windows Vista/7/8. Selain daripada Windows, terdapat juga perisian sumber-terbuka (open-source) seperti UNiX, LiNUX, uBuntu, Fedora Core dan juga Mandrake. Bagi perisian aplikasi yang biasa pengguna komputer gunakan adalah seperti Microsogy office, OpenOffice, Internet Explorer, Mozilla Firefoc, Avira AntiVirusm Kaspersky, CCLeaner dan bermacam - macam lagi. Tapi apa pun, samada ia perisian Sistem ataupun Aplikasi, masih terdapat pelbagai lagi variasi sistem perisian yang dibangunkan untuk kegunaan komputer yang mampu membuatkan seorang pengguna komputer yang amatur pening kepala.
Bil
|
Jenis Perisian
|
Penerangan
|
1
|
Retail
|
Perisian jenis ini dijual melalui rak di kedai - kedai komputer yang menjual perisian komputer. Ia merangkumi pembungkusan (packaging) yang menarik bagi menarik perhatian pembeli, dan biasanya oleh kerana itu, ia lebih mahal. Kelebihan bagi perisian sebegini adalah biasanya ia datang dengan manual bercetak dan arahan installasi, sesuatu yang boleh dikira bonus kerana ia biasanya tidak disertakan dalam mana - mana kategori perisian yang lain. Walaubagaimaanpun, apabila manual hard-copy dan arahan instalasi tidak disediakan, versi muat-turun melalui Internet juga turut disediakan bagi kemudahan.
|
2
|
OEM
|
OEM merujuk kepada nama singkatan bagi "Original Equipment
Manufacturer" dan ia membawa maksud perisian yang dijual secara pukal kepada resellers, dan biasanya ia supaya disertakan sekali dengan sebagai supplement apabila pengguna membeli sesebuah sistem komputer yang berjenama seperti Dell atau Compaq. Sebagai contoh, Microsoft mempunyai kontrak dengan beberapa syarikat besar seperti Dell Computers, Toshiba, Gateway serta Acer, di mana, Microsoft akan menjual perisian sistem operasinya sebagai sebuah perisian OEM pada harga yang jauh lebih murah, tetapi tidak dengan kemudahan seperti yang disediakan pada perisian berbentuk retail.
Resellers akan memasukan perisian sistem operasi ke dalam sesebuah sistem komputer sebelum ianya dijual dan hanya sekeping CD sahaja yang disertakan kepada pembeli. Oleh kerana tujuan asalnya OEM adalah untuk dibekalkan dengan sesebuah sistem komputer yang baru, adalah menjadi satu kesalahan untuk membeli perisian ini walaupun ia tidak didatangi dengan sebuah sistem komputer.
|
3
|
Shareware
|
Perisian ini boleh dimuat-turun (download) melalui laman web. Lesen edarannya walaubagaimanapun berbeza mengikut keperluan, di mana ada perisian yang pengguna dibenarkan untuk menggunakan atau mencubanya secara percuma untuk suatu tempoh jangka masa yang tertentu, yang biasanya 30-hari. Selepas tempoh berkenaan tamat, perisian tersebut mesti dibeli atau di-uninstalled. Ada sesetengah perisian shareweare yang memasukkan pemasa (timer) di dalam tersebut yang akan mematikan (disable) perisian berkenaan selepas tempoh cubaan (trial) tamat, melainkan nombor siri dimasukkan. Namun ada juga perisian yang dibenarkan untuk terus beroperasi , tetapi dengan fungsi-fungsi yang terhad (limited).
|
4
|
Crippleware
|
Perisian ini adalah hampir serupa dengan perisian shareware kecuali ciri-ciri (feature) pentingnya akan berhenti untuk berfungsi selepas tempoh trial tamat. Sebagai contoh, fungsi Save , print, atau lain - lain ciri - ciri penting yang memastikan penggunaan program itu berfungsi akan dihentikan. Ini menjadikan perisian berkenaan "cacat" (cripple). Ada juga jenis crippleware yang mematikan terus beberapa fungsi perisian sepanjang tempoh tempoh trial sekalipun. Jadi pengguna perlu membeli atau membayar juga perisian berkenaan bagi menggunakan fungsi-fungsi yang di"cacat"kan dengan sengaja ini.
|
5
|
Demo
|
Perisian Demo merupakan perisian yang memang sengaja dibangunkan bukan sebagai sebuah perisian yang penuh. ia hanya di-rekabentuk bagi menunjukkan 'demonstrasi' apa yang versi dijual mampu untuk lakukan. Ada juga versi yang sekadar berfungsi seperti automasi tutorial semata-mata. Jika pengguna mahu menggunakan perisian berkenaan, mereka perlu lah membeli beli versi yang berfungsi sepenuhnya.
|
6
|
Adware
|
Merupakan perisian percuma yang didokong oleh medium pengiklanan yang disertakans ekali dalam rekabentuk perisian berkenaan. Sesetengah perisian adaware pula, ada yang memerlukan 'live' Internet feed dan menggunakan sepenuhnya jalur lebar berkenaan untuk memuat-turun iklan - iklan yang baru. Pengguna biasanya terpaksa melihat sepanjang masa iklan ini di muka utama perisian sepanjang masa. Ffungsi untuk disable biasanya tidak akan dibenarkan dan melanggar persetujuan lesen (license agreement).
|
7
|
Spyware
|
Perisian spyware biasanya percuma, tetapi ia juga kadang-kala boleh juga menjadi shareware. Perisian ini berbahaya dari segi ia sentiasa mengemaskini dan menghantar kepada pembangun perisian berkenaan, acapkali tanpa pengetahuan pengguna perisian berkenaan sekalipun. Contohnya, sebuah perisian pemain multimedia (multimedia player), akan membuat profile apa jenis muzik dan fail video yang perisian berkenaan biasanya mainkan. Maklumat ini akan disimpan denganidentifikasi tag yang unik yang dikaitkan dengan program tertentu pada mesin berkenaan, dan membuat pemetaan (mapping) one-to-one relationship. Konsep spyware ini amatlah tidak popular, di mana kebanyakan program yang menggunakan protokol spyware ini telah diarahkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna mengenai aktiviti spy yang ia lakukan dan menyediakan fungsi kepada pengguna untuk disable kan fungsi spy berkenaan sekiranya perlu. Ada juga spyware yang meng-integrasikan protokol spy ini ke dalam lesen, yang mana membuatkan pengguna maklum, dengan menggunakan perisian berkenaan mereka adalah secara automatik-nya tertaklu kepada persetujuan fungsi spy dibenarkan ke atas mereka.
|
8
|
Freeware
|
Freeware juga boleh dimuat-turun melalui Internet dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada pengguna. Kebiasaannya freeware hanya dibenarkan untuk penggunaan secara peribadi, melainkan ia digunakan oleh organisasi yang memerlukan pengguna membayar lesen penggunaan. Freeware biasanya tidak mengandungi sebarang spyware atau adaware. Kebiasannya juga, perisian freeware ini terdapat versi penuh yang mempunyai lebih banyak utiliti atau fungsi yang lebih maju, namun untuk mendapatkan versi penuh seperti ini, pengguna perlulah membuat bayaran/pembelian.
|
9
|
Public Domain
|
Ini merupakan antara kategori perisian percuma, tetapi, tidak seperti freeware, perisian public-domain tidak langsung mempunyai sebarang hak milik cipta atau sebarang had lesen. Pengguna bebas untuk membuat sebarangmodifikasi kepada perisian berkenaan mengikut citarasa masing-masing.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)